Jika amarah itu terus dilontar terlajak perahu boleh diundur terlajak kata makin teruk padahnya.Jadi meluahkan biarlah pada saat yang betol dan masa yang sesuai.Berdoa meminta petunjuk kepada Allah muhasabah diri agar tidak nampak akan kejahatan sahaja sebaliknya nampak akan kebaikan dan mengetahui kelemahan diri sendiri.Perbanyakkan membaca Al-Quran sesungguhnya hati akan menjadi lebih tenang.
Perasaan bersalah sering menyelubungi diri tika sesorang yang kita rapat tidak menghiraukan kita.Namun mungkin ada sebab dan hikmah disebaliknya.Mungkin dia mencari waktu yang sesuai untuk bertegur sapa.Mungkin sebak di hatinya belum pulih sepenuhnya.Luka di hati masih dalam walau diubat sekalipun masih ada parut yang tinggalkan kesan.Walau tika itu hati amat pedih bagai dihiris sembilu namun sentiasa berfikir positif kerana Allah s.w.t akan duga hambanya krana Dia syang akan hambanya.
Seringkali hati mengeluh meronta kerana ingin menjaga hati orang lain namun jerih pekiknya hanya kedengaran di dalam lubuk hati yang paling dalam di mana tak akan didengar oleh sesiapa melainkan Allah s.w.t.Keluarga akan bersama waktu sukar mahupun senang.Semenjak daripada kecil hanya mereka sahaja tempat kita berdamping dan mengadu begitu juga Allah s.w.t. Jadi perlukah orang lain like pakwe, bf dan seangkatan dengannya.Redha Allah terletak kepada redha kedua ibu bapa.So fikirkan ibu bapa terlebih dahulu kerana mereka lah kita di dunia ini.
Kesabaran itu perlu untuk sehingga seseorang itu sedar akan kesilapnnya.Akhirnya manis itu menjelma tika kemaafan dipinta selepas menyesali perbuatan yang dilakukan.Begitulah lumrah manusia.Sukar untuk seseorang itu memberi kepuasan kepada orang lain kerana diri sendiri tidaklah sempurana dan sering melakukan kesilapan.Manis itu akan menjelma samada lambat mahupun cepat....Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.Akhir kata maafkanlah sesiapa yang membuat salah sebelum tidur...pesan daripada sahabat saya.


No comments:
Post a Comment